Sabtu, 22 Oktober 2016

Xfhcvj
Assalamualaikum,lama dah x update..yo la,dah start sem 3 jer sibuk skit..dengan kelasnya,kelabnya..huhu..hm..rasanya harini nak up satu citer ..so korang baca je la..even sikit je citer dia...



KASIH AZFAR


PROLOG


“Cikgu tak tahu nak cakap apa lagi kat kamu ni Afzar ! nama dah sedap,Nur Afzar zulaikha..tapi perangai kamu langsung tak cermin nama kamu..”keluhan kasar keluar dari mulut Encik Sofian pengetua Smk Dato Borhanuddin itu
Dia begitu kesal dengan Afzar.nak kata kurang cerdik,jauh sekali.Afzar antara top student dekat sekolah tu.dia hairan macam mana la si Afzar ni boleh tercalon.kenakalan dia sangat tidak terbatas.
Derap langkahnya kearah Afzar.sudah berapa banyak kali dia nasihatkan.langsung tak makan nasihat langsung budak ni,omel hati Encik Sofian.
“kamu tahu kan kesalahan kamu kali ni besar? Kenapa kamu tak pernah serik buat salah? Kamu dah menyalahi etika pelajar! Kenapa kamu pukul Syafiq? Saya dengar,kamu bertumbuk dengannya? Sampai lembik budak tu kamu kerjakan..sekarang saya nak dengar sendiri dari mulut kamu cerita sebenar,cerita sekarang!” tegas kata-kata Encik sofian pada Afzar
Afzar mendongak memandang encik sofian.kemudian pandangannya ditala ke arah syafiq yang tersandar lesu dikerusi dalam bilik pengetuan itu.tajam matanya memanah kearah syafiq dengan senyuman sinis.
“saya takkan buat sesuatu kalau saya tak diusik,memandangkan ada yang kacau mata saya harini,alang-alang biar saya cuci tangan.”
Ingatannya terimbas kembali akan kejadian waktu rehat tadi.
…….
“weh2.dia datang doh! Julaikha ooo julaikha..hahaha!!ni first time aku jumpa budak perempuan yang paling kurang ajar! Hahahaha..hei2! nama kau banyak kali naik bilik pengetuan kan? ‘’
Langkah Afzar yang bersahaja menuju ke kantin terkaku saat mendengar namanya dipanggil di khalayak ramai.dia kenal milik siapa suara itu,siapa lagi kalau bukan milik syafiq sulaiman,anak karporat yang sangat biadap tu.banyak kali si syafiq ni cari pasal dengannya.dia pon tak tahu apa motif si syafiq ni cari nahas denganya..lagipon selama ni mana pernah dia kutuk atau hina si syafiq ni.pelik!
Pandangannya dihala kearah syafiq and da gang di pondok tepi kantin tu.langkahnya dimara kea rah mereka
“kau asal seru nama aku,kan dah puas aku kata! Aku tak de hutang apa-apa pon dengan kau.so jangan cari nahas dengan aku.tangan aku dah lama tak makan orang!” bibir diketap geram
“budak miskin macam kau memang layak dihina macam ni! Weh,kau tak sedar lagi ke..budak2 dekat sini semuanya anak orang berada,asal kau bodoh sangat hah!mak bapak kau pon bukan mampu tanggng belanja dekat sini.setakat kerja penoreh getah,mampu jadi bibik aku jer” pedas sindiran syafiq pada Afzar
“kau tak faham ke? Aku masuk sini dengan tajaan,barang free takkan nak lepas,lagi satu..apa hak kau nak pertikai kerja mak bapak aku?! Asal halal,sial! Balas afzar  kasar.
Tiba-tiba sebijik penampar terhayun ke pipi mulus Afzar. Terpaling muka Afzar.berdecit bibirnya..tiba-tiba dia terasa seperti suatu cecair mengalir melalui tepi bibirnya.disental cecair itu.darah!
Suasana menjadi bising,ramai pelajar berkumpul menyaksikan perbalahan antara Afzar dan syafiq.
Suasana menjadi sunyi tiba-tiba apabila mereka mendapati Afzar bangkit dari melutut..dia mara kea rah syafiq dengan lebih dekat.syafiq ingin menghayunkan sebijik lagi penampar kemuka afzar.dengan tidak semena-mena,laju afzar menangkap tangan syafiq.dia memengang kejap tangan itu.dengan bibir diketap,afzar membengkokkan tangan syafiq dan memulasnya sekuat hati kebelakang sehingga kedengaran bunyi berdetup –detap.tubuh syafiq dirapatkan ke tubuhnya .syafiq menjerit-jerit menahan sakit.
“aku dah pernah kata,jangan kacau hidup aku,tapi kau buat jugak.kau hina mak bapak aku !”
Bisik keras afzar ke telinga syafiq.geramnya yang ditahan dari tadi tak dapat ditahan dah. Dia tidak akan membiarkan sewenang-wenangnya syafiq menghina mak bapaknya.
Suasana menjadi kecoh.perempuan-perempuan yang tergila-gilakan syafiq menjerit-jerit memarahi afzar kerana membuat kekasih hati mereka.
Tangan syafiq yang dikilas afzar dilepaskan dan dia menolak syafiq jatuh ke tanah dengan kasar.syafiq mengaduh  sakit.tangan kanannya terasa seperti sudah patah dikerjakan afzar.
“dasar betina bangang! Dah la miskin,biadap pulak tu!” celupar mulut syafiq menengking afzar dikhalayak ramai.
Belum  sempat syafiq bangun membalas perbuatan afzar.sebuah penendang laju hinggap ke perutnya.terlentang kembali syafiq ke atas tanah.dia mengerang kesakitan. Gang syafiq cuba untuk membalas ke atas afzar.tetapi afzar lebih arif dan menginjak tubuhnya lalu melipat  dan menghadiahkan penendang dan tumbukan kepada setiap seorang.
“aku tak suka kau semua kacau hidup aku! Ini amaran pertama dari aku”
Sebelum beralih pergi,sempat Afzar menyepak muka syafiq yang telentang ditanah. Bagi sebijik dua mana cukup.
“Bersyukur  sikit aku tak hancurkan muka kau.”tergelak Afzar dalam hatinya melihat syafiq yang mengerang kesakitan.
Semua gang syafiq terlantar sakit ..ramai pelajar yang terkaku dengan aksi afzar.tak terkecuali sepasang mata yang tajam menikam kea rah afzar.
Afzar memusingkan  badan dan ingin berlalu pergi.belum sempat dia berpusing ,sebuah tumbukan laju menghala kearahnya.sisi mata afzar dapat menangkap perbuatan syafiq yang ingin menghadiahkan tumbukan pada kearah afzar.afzar berpaling dan mengelak tumbuka itu.tumbukan syafiq tersasar dan syafiq tersungkur kasar ke atas tanah. Dengan langkah yang perlahan,afzar datang kearah syafiq dan mengcekak baju belakang leher syafiq.digenggam kasar.terdorong kekiri kanan syafiq dan akhirnya,afzar menghantukkan kepala syafiq laju kea rah tiang pondok.berdentum bunyi.terkulai layu syafiq.belum sempat syafiq bangun,afzar menghadiahkan beberapa bijik tumbukkan kepada syafiq.
Syafiq berlumuran darah.parah sungguh keadaaanya.kawan-kawannya cuba untuk membantu tetapi tidak kesampaian apabila afzar dengan tiba-tiba membaling kerusi kearah mereka dan ada yang tak sempat mengelak lalu terkena penangan afzar.
“aku ulang,kalau kamu semua cari pasal dengan aku lagi ,aku takkan teragak-agak buat benda yang sama pada kau semua,jangan hina keluarga aku!” tengking afzar pada semua.lalu dia berlalu pergi.suasana yang sepi kembali kecoh..
……………………………………………………
“Afzar! Kau tahu apa yang kau buat ni? Kau tak fikir ke perasaan  mak ayah nanti? Akak faham,kamu bengang..tapi,cuba kawal baran kamu tu sikit.sabar je dengan si syafiq tu.tak ada gunanya kamu gaduh dengan dia.Dia anak orang berpangkat..apa dia nak..mesti dia nak jugak.sudah-sudah la tu..”mengucap panjang Azrina dengan perangai adik kembarnya yang satu ni.pantang dicabar barannya,mula mencanak naik.
Afzar memalingkan muka menghadap azrina..
“aku tak suka orang sentuh keluarga aku”terus afzar berpaling dan masuk kebiliknya.
Hatinya keras,sekeras pengalaman hidupnya. Dia dicaci maki kedua orang tuanya dek kerana membawa malang .bagi mereka,Afzar tak sepatutnya lahir .

Hahaha..cukup la setakat tu jer,nanti kalau ada masa aku sambung...aq main rangka jer cerita ni..actually,aq suka cerita yang heroin dia kasar ..huhu..cerita ni sedih sebenarnya..aq tak pasti akan buat heroin dia mati atau x  utk pengakhiran ceritanya..

BY:pz musyiix
      3.05 a.m
      23/10/2016
 

Sabtu, 4 Jun 2016

Assalamualaikum semua..

suka baca novel? hm..fixi ke,dubok,cinta,legen or ape2 la..seram ke? bagi aq aq dah pernah baca semua jenis novel ni..bkn nak bangga bagai..tp aq jenis yg suka membaca.actually family aq semuanya suka membaca..daripada abah sampai la ank bongsu..tp genre brbeza..aq ni jenis yg layan novel seram..mmg karya naungan Ilham karangkraf la jadi pojaan hati aq.hahahha.boleh kata 80% jenis2 novel seram deme aq dah beli..yang paling aq sayang novel margasatwa i & ii.. dia pnya jalan cerita pergh!! debakk weh! karya saidee nor azam.

hm..sebenarnya aq nak bawak korang satu citer ni..ni garapan aku. aq baru nak publish kat ilham .tp setakat ni just send utk ilham diri jer.. so kat sini..aq bagi kome baca .


GARAPAN KISAH KITA
BY:PANGLIMA ZABA
5/6/2016(12.42a.m)



Iman mengatur langkah perlahan-lahan.hm…sudah lama dia tak kesini,kali terakhir ketika dia berusia 15 tahun.Sebuah bangunan dalam seni bina inggeris lama.bangunan yang masih teguh berdiri itu sudah berusia puluhan tahun.Yang Iman tahu,bangunan agam itu milik keluarga Thoing hua yang sangat kaya, Tuan besar Xiang Chin yang merupakan seorang yang sangat peramah tinggal bersama dengan isterinya yang rupawan,Puan besar Xiang Jessy will serta anak lelaki mereka.Iman Zahra meneruskan langkahnya sambil merenung-renung perhiasan dan seni bina rumah agam itu.tujuannya kesitu adalah kerana ingin meminta pekerjaan yang telah diiklankan.Iman perlu mencari kerja untuk sementara waktu ini.
Iman berdiri kaku didepan pintu yang cantik terukir didepannya.ditekannya loceng yang ada bersebelahan pintu itu beberapa kali setelah tiada respon dari dalam..’’Haih,ada orang ke tak de ni,jenuh tekan loceng..dah lama tak tendang pintu ni..” omel iman dalam nakalnya. Tiba-tiba pintu agam itu terbuka dari dalam.muncul seorang wanita tua yang tersenyum manis menegurnya.
”fuh! kus semangat!” tersentak iman apabila pintu rumah agam itu terbuka tiba-tiba.tersengih-sengih wanita tua itu melihat tingkah iman.
”anak ini cari siapa?” wanita tua itu meneruskan pertanyaannya.”
“saya Iman Zahra ,saya dengar disini ada ditawarkan kerja,boleh saya tahu,masih kosong lagikah kerja itu? Tanya iman dengan sopan.
Wanita tua itu memejam-mejam matanya seolah-olah sedang cuba mengingati sesuatu.”ouh! kerja pembantu rumah itu !,baru Mak Jah ingat..” spontan perempuan tua itu menutur.
Terkejut iman dengan tingkah Mak Jah itu.dia tersenyum sambal mengiakan pertanyaan wanita tua itu.
“mari..mari masuk kedalam..buat macam rumah sendiri,lagipun kamu kan bakal kerja disini.jangan segan-segan” ramah Mak Jah pamit iman masuk ke rumah agam itu.mereka beriringan menuju ke ruang tamu yang serba mewah itu.terkaku sekejap iman melihat Suasana dalam rumah itu.”macam istana!” detik hati iman,sambil menhenyakkan punggung ke sofa.iman merenung gamabr-gambar yang digantung disekeliling dinding rumah itu.manis sungguh pasangan tuan dan puan xiang sebelah gambar pasangan itu,tergantung megah gambar seorang lelaki tampan berkot.”hm..,hansome jugak mamat ni..ye la,kan kacukan,Tuan kan cina,puan pulak Inggeris..mana tak anaknya hansome..”
“hai..jangan renung lama-lama,tak molek anak dara renung teruna macam tu”gurau Mak Jah sambil tersengih-sengih pada iman..tangannya menatang sedulang air dan kuih-muih.sedap sungguh baunya.
Terkejut iman dengan sapaan Mak Jah.”eh..tak la..saja tengok-tengok empunya rumah ni..hehehee.buat susah mak cik jer sediakan semua ni” sambil tangannya menyambut dulang yang dibawa oleh Mak Jah.
“Panggil mak cik Mak jah jer,kamu ni dari mana” tersenyum mak jah dalam bicaranya
“ouh,lupa pula nak perkenalkan diri,saya  dari perak”sambil menyisip sedikit tea panas yang disediakan.
“Jauhnya kamu dating,kenapa tak minta kerja kat perak je,ni sampai ke Melaka kamu mencari kerja” terkejut Mak jah mendengar butir bicara iman.
“hahahha,sebenarnya saya ditawarkan pakcik saya kerja kat sini,katanya kawan dia sedang mencari pembantu rumah sementara bagi mengantikan pembantu rumah”kata iman sambil membetulkan dududknya.
“ouh..macam tu,maaf la Tanya macam tu.mak jah Cuma pelik sikit jer.tak pe la kalau macam tu.Iman,kerja kamu dekat sini hanya kemas-kemas  rumah ni dan persekitarannya.masak-masak biar Mak Jah buatkan.Yang tu jer kerja kamu,lagipon tak de budak-budak nak selerakkan dekat sini.hahha,jamu lah lagi kuih-muih ni” tersengih mak jah memberitahu.
“bilik kamu dekat tingkat atas ye,hujung sekali ,menghadap kolam renang . lagi satu mak jah ingatkan ,jangan sesekali masuk bilik tuan muda ye.”sambung mak jah sebelum meninggalkannya untuk ke dapur.
Iman menarik dan membimbit beg ke biliknya.tangga lantai marmar yang sejuk dingin itu didakinya.susah payah dia mengangkut beg beratnya tu.haih entah apa yang dibawaknya tu,lesung batu bagai kot…iman berjalan mengheret begnya melalui bilik Tuan muda “hm..kalau tengok pada gambar,hansome jugak orangnya,tapi hansome tak perangai dia?”fikir iman kusyuk tanpa sedar yang lagi 3 beg gajahnya ada tinggal dibawah…bawak macam nak pergi holiday,padahal jadi bibik jer.. tengah iman fokus melihat keunikan ukiran pintu,tiba-tiba terdengar sesuatu benda seperti kaca yang jatuh berderai.”huh! tanjat den! Bunyi ape tu,baik aku lari dulu”bergegas iman menarik beg tercintanya iu ke biliknya tanpa menghiraukan bunyi deraian kaca tadi.
Kaki iman menapak masuk”wah! Ni bilik bibik ke bilik puteri,lawa giler! Hhehehe!”sambil mendepakan tangan dan terlentang diatas katil empuk itu..iman bergolek kesana-sini.bibirnya tak lekang dari senyuman.tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu,”hm..apa yng pecah tadi agaknya ye?tuan muda mengamuk ke? Haih,lantak la..” monolog iman sambil mengemas barang-barangnya.

Matanya hanya memandang sepi serpihan kaca yang berderai dilantai.hatinya remuk. kepala diusap dan rambut disebak ke belakang.Damien bangun menuju ke bilik air. Muka dibasuh.wajahnya ditelek-telek dihadapan cermin.”aku pendam,pendam segalanya..sedari kecil benda ni tak pernah terluah…tapi sekarang,jiwa aku..” Damien menraup kasar rambutnya..titisan air mata mengalir lagi..dia tak tahu…apa yang harus dia lakukan.dia keluar dari bilik air dan mengelap mukanya.dia menapak keluar daripada kamarnya dan turun ke bawah…
Halanya dituju ke dapur.dari jauh dia terlihat kelibat Mak jah yang ligat kehulu-hilir menyiapkan hidangan tengahari..kasihnya pada wanita tua itu umpama ibu kandunganya.kemalangan yang meragut nyawa kedua ibubapanya pada usia remajanya menjadikan dirinya hanya bergantung kasih pada mak jah saja.buka tak mahu tinggal bersama pakcik saudaranya,Tan sri Xiang Woh Quen,tapi dia rasa menyusahkan pula pada pakciknya itu.lebih baik dia tinggal di rumahnya sendiri.lagipun usianya bukan lah kanak-kanak lagi.dia panadai untuk jaga diri.langkahnya diteruskan kea rah mak jah.daripada belakang Damien terjengkit-jengkit  mendekati mak jah dan memeluk wanit tua itu dari belakang sambil mulutnya mengucapkan ibu pada mak jah.”oh mak kau hijau!” terperanjat mak jah dipeluk Damien dari belakang”hish budak bertuan ni,terperanjat ibu tahu! Kalau tak dah lama kamu makan sudip ni..”berkerut-kerut muka mak jah membebel kepda Damien..tergelak Damien menahan telinga.”sayang ibu..ibu masak apa harini,dari atas wangi jer bau”Damien sudah biasa bertutur Bahasa melayu,baginya dia sudah terbiasa daripada kecil dek kerana diasuh oleh mak jah sedari bayi.mak jah pula sudah lali disakat oleh anak teruna angkatnya itu.”haih..tu la..berangan lagi sensorang kat atas nun,kita masak kat dapur ni pon bukan nak tolong pon.selalunya rajin jer tolong .bidadari mana pulak yang ikat dia ni sampai lupa ibu hah?” bebel mak jah panjang disambut lagi gelak tawa daripada Damien.
“Damien,ibu nak Tanya ni,Damien pergi Tokyo esok jadi ke? Sebab ibu rasa nak amik cuti sekejap ,anak saudara ibu nak kahwin.damien pergi 3 hari jer kan?tanya mak jah memandang wajah kacak Damien
“hah!ala…ibu nak tinggalkan Damien ke?terkebil-kebil mata Damien memandang mak jah
“tak boleh ke Damien?kalau tak boleh tak pe lah..”sayu suara mak jah sambil memandang sayuran yang sedang dipotong di lada cincang.
“ahahahaha…ape lah ibu ni,tak pe..ibu amik jer cuti .saya boleh jaga diri..senang saja kan nak masak semua ni..hehehe”menyerengeh Damien menayangkan giginya yang tersusun teratur.
“ish budak ni memain pulak,hahaha…ibu pergi sat jer.nanti ibu balik la.”
Damien memandang ayam disingki yang belum dicuci.laju tanganya mencapai apron untuk mencuci ayam disingki.mak jah membiarkan saja.dia tahu kerenah Damien yang tidak suka dihalang untuk membantu.

“Wargh!!!! Lipas-lipas!!! Kau ni asal bukak sayap jer bertukar jadi syaitan ,kenapa hah?!!!” terjerit-jerit iman diatas kerusi.dek kerana sudah letih menjerit pada lipas,suaranya kehabisan.sambil jerit tangannya ligat mengibas ke kiri kanan mengelak daripada dihinggapi binatang durhaka itu. Tiba-tiba dia terpandang ridsert diatas meja.laju kakinya turun untuk mengapai botol beracun tersebut.sepantas itu tangannya menyembur pada bintang terbang tersebut.akibat terlalu banyak menghidu gas beracun tersebut ,kayuhan sayap lipas tersebut semakin lemah dan akhirnya dia tumbang ke lantai.iman dengan tidak membuang masa terus menampar lipas yang nyawa-nyawa ikan itu dengan surat khabar.tamat la riwayat binatang ‘kesukaan’ gadis-gadis diluar sana itu ditangan iman.
Dengan megahnya dia menepuk-nepuk tangan pada dirinya.”taniah iman! Kau memang hebat! Tengok semua..disini hero korang!hahahahhaah”bahagia sungguh dia.
“hm…aku rehat dulu lah.letih berperang tadi.kejap lagi baru aku turun”kata iman sambil menghenyakkan tubuhnya ke tilam empuk queen itu.lalu dengan sekejapnya dia tertidur.

“Damien ..jom makan.makanan dah siap ni..lagipon sekejap lagi kamu nak kena siapkan barang-barang nak pergi ke Tokyo.meeting tu start pagi kan.banyak barang yang nak kena sediakan ni.”ajak makjah apabila melihat Damien masih ligat membuat air didapur.”hm..aku pon pelik,aku ke dia yang bibik sebenarnya ni.dah banyak kali tegah…”keluh mak jah
“sat..nak siap dah ni’’ dengan pelat cinanya Damien berjalan ke meja makan sambil membawa jag minuman.
Mereka makan bersama dalam bahagianya sementara si iman sedang sibuk diulit mimpi yang tak seberapa indah.

“kamu jaga diri tu baik-baik dekat sana.nanti kalau jumpa anak dara sana,kenankan lah pada ibudekat sini’’sengih mak jah sambil memimpin Damien ke pintu utama
“Ahahahha,ibu ini..saya pergi sana untuk kerja la..ahaha.macam-macam ibu ni”tersenyum mak jah mendengar.
Mak jah menghantar Damien dengan pandangan yang sayu.”kasihan Damien,sudah la mak ayahnya meninggal,tiada tempat bergantung,pakciknya pula kejam terhadapnya.tabah sungguh dia.ibu tetap sokong Damien dari belakang”baginya Damien umpama anaknya sendiri.sudah lebih 20 tahun dia berkhidmat disini.dibelanya Damien sedari kecil membuahkan rasa kasihnya pada anak kecil itu.

Iman yang terjaga daripada tidur terus turun kebawah untuk menolong apa yang patut.sebenarnya kerja dia akan bermula pada esoknya dek kerana dia dating dari jauh tapi kerana terasa menyusahkan mak jah dia sudi membantu apa yang patut.
Kakinya melangkah ke dapur untuk mencari mak jah.kepalanya terjenguk-jenguk mencari.
“hah! Iman..mak jah lupa pasal kamu pulak.ye la kan baru dating.mk jah pon sibuk sikit tadi.dah cukup rehat ke? Mai,mari makan .kamu daripada sampai lagi tak makan lagi,mari sini”jamu mak jah sambil membuka penutup tudung saji.
“hahaha,tak pe mak jah.ni pon dah cukup rehat tadi.harini pon dah boleh start buat kerja.lagipon bukan banyak sangat kerja nak dibuatnya .hm…sedap sungguh mak jah masak harini”
“sebelum mak jah terlupa,mak jah nak bagitahu ni,mak jah kena cuti 3 hari sebab anak saudara mak jah nak kahwin.duduk jauh pulak tu.dia mana ada mak dah,jadi mak jah yang merangkap mak dia untuk majlis tu nanti.

hahahhaa..ni serba sikit citer dia..so.kalau nak lagi nanti jengah la citer ni dekat ilham karangkraf.peace~~~~..tq baca
okeh..
Assalamualaikum..

Jumaat, 3 Jun 2016

Assalamualaikum..
hm..lamanya dah tak menjengah blog ni..haish..
sibuk sangat dengan kelasnya..lagipon ni pon baru jer habis final sem2..denga kelas animasi,tmmd,bagai..yg paling mencabar animasi..Allah pengalaman sungguh..2 projek besar kiteorang kena settlekan.ahli group 3 org plak tu.sabar je lah..alah ..budak animation pon berapa kerat jer pon.projek 1st ialah stopmotion.

kiteorang diberi pilihan..samada nak buat stopmotion dlm bentuk apa..so aq,aishah &ana pilih clay stopmotion..fuh ..untuk animasi mmg banyak kena kluarkan duit..kiteorg beli clay..colour.sketchbook and other..dengan boardnya lagi..hahahha.paling x boleh blah guna tepung nak buat tanah ...cik S pon nasib baik ok jer...so bermula lah xpedisi kiteorg buat natang gerak2 tu..hehehe..buat guna tepung brapa kali..asyik fail jer sbb bila dia dah keras +busuk sbb x ltak garam..buat semua balik..colour kan siap2 tepung tu..then baru lenyek..siap dah..tggu sat..dah keras..last2 best beberapa kotak utk tanah .

dah siap tu..mula la kiteorg nak hias..cerita kiteorg tentang sia arnab dan si marshmallow..heheh
ni link dia > https://www.youtube.com/watch?v=DxdVdind6Xw .so jangan lupa tengok tau!.my first stopmotion..actually kiteorang sangat tabah buat ni sbb kerja dia berat sikit walaupon korang x nampak..hahaha

and second projek kiteorang ialah storybook.title dia ialah dendam ular kepada katak.hah! bab ni lagi la terkejut...kiteorg x tahu yang nak kena hantar esoknya and present skali.tu dia! hahahhaha..camni..aq mula x sedap hati sbb projk ni x buat ape2 pon lagi.even,dia pnya storyboard! hah! tgh dlm grup budak2 sibuk ckap psal projk ni.ingatkan lamabt lagi..tp hati dah x sedap ni.tetiba dpt wssap dr budak grup..dia tnya,present esok kan? yang aq pelik..eh bkn lambat lagi ke..jangan la,x buat ape pon lagi ni..habis la aku nanti..so aq decide mesej sorg ni..dia kata present esok and bwk bahan projk skali..kau tahu! aq rasa nak PENGSAN!!!!!!..Kiteorang x buat pape pon lagi tahu!!!! aq gegas bagitau aishah ana sume..aq dah mengamuk bagai dah,depa tau aq cepat panik so depa cool jer..kami sume pon strt a buat bagai..ana bahagian storyboard.aishah edit..aq colour and script timeline .tgh2 buat dah siap lukis bagai..nak p scan..tetiba bari teringat yg aq bawak balik printer! oh! benggong nya aq!..so melilau satu asrama cari printer tp semua dah x de..dah tutup..so aq sedih giler ah! feddup hbis!
otnya bilik depan..ok tak printer depa.depa kata rosak..tp cer pi tgk sat kot2 ok..so aq repair la ape yg patut and hasilnya out of my imagination! dalam hampa tu..tetiba org depa bgtau printer dia rasa dah ok..so aq tgk la..try sikit2 adjust..alhamdulillah ok..so scan la dgn bahagianya..kiteorg bertungkus lumus malam tu smapai la x tido..sambung plak esoknya...sbb present pkul 11 pagi.dah siap semua kiteorg pon klang kabut mai makmal..weh! second mai tuh! over xcited sgt ..seronok sbb buat projek siap dlm satu malam!... so present bagai..and kena komen sume..nak dekat final kiteorg hantar report....okeh ni link 2sd project..> https://www.youtube.com/watch?v=xVCm_7UeJr0

so korang tu jer cerita aq untuk harini..pape pon tq membaca! ^_^