Sabtu, 4 Jun 2016

Assalamualaikum semua..

suka baca novel? hm..fixi ke,dubok,cinta,legen or ape2 la..seram ke? bagi aq aq dah pernah baca semua jenis novel ni..bkn nak bangga bagai..tp aq jenis yg suka membaca.actually family aq semuanya suka membaca..daripada abah sampai la ank bongsu..tp genre brbeza..aq ni jenis yg layan novel seram..mmg karya naungan Ilham karangkraf la jadi pojaan hati aq.hahahha.boleh kata 80% jenis2 novel seram deme aq dah beli..yang paling aq sayang novel margasatwa i & ii.. dia pnya jalan cerita pergh!! debakk weh! karya saidee nor azam.

hm..sebenarnya aq nak bawak korang satu citer ni..ni garapan aku. aq baru nak publish kat ilham .tp setakat ni just send utk ilham diri jer.. so kat sini..aq bagi kome baca .


GARAPAN KISAH KITA
BY:PANGLIMA ZABA
5/6/2016(12.42a.m)



Iman mengatur langkah perlahan-lahan.hm…sudah lama dia tak kesini,kali terakhir ketika dia berusia 15 tahun.Sebuah bangunan dalam seni bina inggeris lama.bangunan yang masih teguh berdiri itu sudah berusia puluhan tahun.Yang Iman tahu,bangunan agam itu milik keluarga Thoing hua yang sangat kaya, Tuan besar Xiang Chin yang merupakan seorang yang sangat peramah tinggal bersama dengan isterinya yang rupawan,Puan besar Xiang Jessy will serta anak lelaki mereka.Iman Zahra meneruskan langkahnya sambil merenung-renung perhiasan dan seni bina rumah agam itu.tujuannya kesitu adalah kerana ingin meminta pekerjaan yang telah diiklankan.Iman perlu mencari kerja untuk sementara waktu ini.
Iman berdiri kaku didepan pintu yang cantik terukir didepannya.ditekannya loceng yang ada bersebelahan pintu itu beberapa kali setelah tiada respon dari dalam..’’Haih,ada orang ke tak de ni,jenuh tekan loceng..dah lama tak tendang pintu ni..” omel iman dalam nakalnya. Tiba-tiba pintu agam itu terbuka dari dalam.muncul seorang wanita tua yang tersenyum manis menegurnya.
”fuh! kus semangat!” tersentak iman apabila pintu rumah agam itu terbuka tiba-tiba.tersengih-sengih wanita tua itu melihat tingkah iman.
”anak ini cari siapa?” wanita tua itu meneruskan pertanyaannya.”
“saya Iman Zahra ,saya dengar disini ada ditawarkan kerja,boleh saya tahu,masih kosong lagikah kerja itu? Tanya iman dengan sopan.
Wanita tua itu memejam-mejam matanya seolah-olah sedang cuba mengingati sesuatu.”ouh! kerja pembantu rumah itu !,baru Mak Jah ingat..” spontan perempuan tua itu menutur.
Terkejut iman dengan tingkah Mak Jah itu.dia tersenyum sambal mengiakan pertanyaan wanita tua itu.
“mari..mari masuk kedalam..buat macam rumah sendiri,lagipun kamu kan bakal kerja disini.jangan segan-segan” ramah Mak Jah pamit iman masuk ke rumah agam itu.mereka beriringan menuju ke ruang tamu yang serba mewah itu.terkaku sekejap iman melihat Suasana dalam rumah itu.”macam istana!” detik hati iman,sambil menhenyakkan punggung ke sofa.iman merenung gamabr-gambar yang digantung disekeliling dinding rumah itu.manis sungguh pasangan tuan dan puan xiang sebelah gambar pasangan itu,tergantung megah gambar seorang lelaki tampan berkot.”hm..,hansome jugak mamat ni..ye la,kan kacukan,Tuan kan cina,puan pulak Inggeris..mana tak anaknya hansome..”
“hai..jangan renung lama-lama,tak molek anak dara renung teruna macam tu”gurau Mak Jah sambil tersengih-sengih pada iman..tangannya menatang sedulang air dan kuih-muih.sedap sungguh baunya.
Terkejut iman dengan sapaan Mak Jah.”eh..tak la..saja tengok-tengok empunya rumah ni..hehehee.buat susah mak cik jer sediakan semua ni” sambil tangannya menyambut dulang yang dibawa oleh Mak Jah.
“Panggil mak cik Mak jah jer,kamu ni dari mana” tersenyum mak jah dalam bicaranya
“ouh,lupa pula nak perkenalkan diri,saya  dari perak”sambil menyisip sedikit tea panas yang disediakan.
“Jauhnya kamu dating,kenapa tak minta kerja kat perak je,ni sampai ke Melaka kamu mencari kerja” terkejut Mak jah mendengar butir bicara iman.
“hahahha,sebenarnya saya ditawarkan pakcik saya kerja kat sini,katanya kawan dia sedang mencari pembantu rumah sementara bagi mengantikan pembantu rumah”kata iman sambil membetulkan dududknya.
“ouh..macam tu,maaf la Tanya macam tu.mak jah Cuma pelik sikit jer.tak pe la kalau macam tu.Iman,kerja kamu dekat sini hanya kemas-kemas  rumah ni dan persekitarannya.masak-masak biar Mak Jah buatkan.Yang tu jer kerja kamu,lagipon tak de budak-budak nak selerakkan dekat sini.hahha,jamu lah lagi kuih-muih ni” tersengih mak jah memberitahu.
“bilik kamu dekat tingkat atas ye,hujung sekali ,menghadap kolam renang . lagi satu mak jah ingatkan ,jangan sesekali masuk bilik tuan muda ye.”sambung mak jah sebelum meninggalkannya untuk ke dapur.
Iman menarik dan membimbit beg ke biliknya.tangga lantai marmar yang sejuk dingin itu didakinya.susah payah dia mengangkut beg beratnya tu.haih entah apa yang dibawaknya tu,lesung batu bagai kot…iman berjalan mengheret begnya melalui bilik Tuan muda “hm..kalau tengok pada gambar,hansome jugak orangnya,tapi hansome tak perangai dia?”fikir iman kusyuk tanpa sedar yang lagi 3 beg gajahnya ada tinggal dibawah…bawak macam nak pergi holiday,padahal jadi bibik jer.. tengah iman fokus melihat keunikan ukiran pintu,tiba-tiba terdengar sesuatu benda seperti kaca yang jatuh berderai.”huh! tanjat den! Bunyi ape tu,baik aku lari dulu”bergegas iman menarik beg tercintanya iu ke biliknya tanpa menghiraukan bunyi deraian kaca tadi.
Kaki iman menapak masuk”wah! Ni bilik bibik ke bilik puteri,lawa giler! Hhehehe!”sambil mendepakan tangan dan terlentang diatas katil empuk itu..iman bergolek kesana-sini.bibirnya tak lekang dari senyuman.tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu,”hm..apa yng pecah tadi agaknya ye?tuan muda mengamuk ke? Haih,lantak la..” monolog iman sambil mengemas barang-barangnya.

Matanya hanya memandang sepi serpihan kaca yang berderai dilantai.hatinya remuk. kepala diusap dan rambut disebak ke belakang.Damien bangun menuju ke bilik air. Muka dibasuh.wajahnya ditelek-telek dihadapan cermin.”aku pendam,pendam segalanya..sedari kecil benda ni tak pernah terluah…tapi sekarang,jiwa aku..” Damien menraup kasar rambutnya..titisan air mata mengalir lagi..dia tak tahu…apa yang harus dia lakukan.dia keluar dari bilik air dan mengelap mukanya.dia menapak keluar daripada kamarnya dan turun ke bawah…
Halanya dituju ke dapur.dari jauh dia terlihat kelibat Mak jah yang ligat kehulu-hilir menyiapkan hidangan tengahari..kasihnya pada wanita tua itu umpama ibu kandunganya.kemalangan yang meragut nyawa kedua ibubapanya pada usia remajanya menjadikan dirinya hanya bergantung kasih pada mak jah saja.buka tak mahu tinggal bersama pakcik saudaranya,Tan sri Xiang Woh Quen,tapi dia rasa menyusahkan pula pada pakciknya itu.lebih baik dia tinggal di rumahnya sendiri.lagipun usianya bukan lah kanak-kanak lagi.dia panadai untuk jaga diri.langkahnya diteruskan kea rah mak jah.daripada belakang Damien terjengkit-jengkit  mendekati mak jah dan memeluk wanit tua itu dari belakang sambil mulutnya mengucapkan ibu pada mak jah.”oh mak kau hijau!” terperanjat mak jah dipeluk Damien dari belakang”hish budak bertuan ni,terperanjat ibu tahu! Kalau tak dah lama kamu makan sudip ni..”berkerut-kerut muka mak jah membebel kepda Damien..tergelak Damien menahan telinga.”sayang ibu..ibu masak apa harini,dari atas wangi jer bau”Damien sudah biasa bertutur Bahasa melayu,baginya dia sudah terbiasa daripada kecil dek kerana diasuh oleh mak jah sedari bayi.mak jah pula sudah lali disakat oleh anak teruna angkatnya itu.”haih..tu la..berangan lagi sensorang kat atas nun,kita masak kat dapur ni pon bukan nak tolong pon.selalunya rajin jer tolong .bidadari mana pulak yang ikat dia ni sampai lupa ibu hah?” bebel mak jah panjang disambut lagi gelak tawa daripada Damien.
“Damien,ibu nak Tanya ni,Damien pergi Tokyo esok jadi ke? Sebab ibu rasa nak amik cuti sekejap ,anak saudara ibu nak kahwin.damien pergi 3 hari jer kan?tanya mak jah memandang wajah kacak Damien
“hah!ala…ibu nak tinggalkan Damien ke?terkebil-kebil mata Damien memandang mak jah
“tak boleh ke Damien?kalau tak boleh tak pe lah..”sayu suara mak jah sambil memandang sayuran yang sedang dipotong di lada cincang.
“ahahahaha…ape lah ibu ni,tak pe..ibu amik jer cuti .saya boleh jaga diri..senang saja kan nak masak semua ni..hehehe”menyerengeh Damien menayangkan giginya yang tersusun teratur.
“ish budak ni memain pulak,hahaha…ibu pergi sat jer.nanti ibu balik la.”
Damien memandang ayam disingki yang belum dicuci.laju tanganya mencapai apron untuk mencuci ayam disingki.mak jah membiarkan saja.dia tahu kerenah Damien yang tidak suka dihalang untuk membantu.

“Wargh!!!! Lipas-lipas!!! Kau ni asal bukak sayap jer bertukar jadi syaitan ,kenapa hah?!!!” terjerit-jerit iman diatas kerusi.dek kerana sudah letih menjerit pada lipas,suaranya kehabisan.sambil jerit tangannya ligat mengibas ke kiri kanan mengelak daripada dihinggapi binatang durhaka itu. Tiba-tiba dia terpandang ridsert diatas meja.laju kakinya turun untuk mengapai botol beracun tersebut.sepantas itu tangannya menyembur pada bintang terbang tersebut.akibat terlalu banyak menghidu gas beracun tersebut ,kayuhan sayap lipas tersebut semakin lemah dan akhirnya dia tumbang ke lantai.iman dengan tidak membuang masa terus menampar lipas yang nyawa-nyawa ikan itu dengan surat khabar.tamat la riwayat binatang ‘kesukaan’ gadis-gadis diluar sana itu ditangan iman.
Dengan megahnya dia menepuk-nepuk tangan pada dirinya.”taniah iman! Kau memang hebat! Tengok semua..disini hero korang!hahahahhaah”bahagia sungguh dia.
“hm…aku rehat dulu lah.letih berperang tadi.kejap lagi baru aku turun”kata iman sambil menghenyakkan tubuhnya ke tilam empuk queen itu.lalu dengan sekejapnya dia tertidur.

“Damien ..jom makan.makanan dah siap ni..lagipon sekejap lagi kamu nak kena siapkan barang-barang nak pergi ke Tokyo.meeting tu start pagi kan.banyak barang yang nak kena sediakan ni.”ajak makjah apabila melihat Damien masih ligat membuat air didapur.”hm..aku pon pelik,aku ke dia yang bibik sebenarnya ni.dah banyak kali tegah…”keluh mak jah
“sat..nak siap dah ni’’ dengan pelat cinanya Damien berjalan ke meja makan sambil membawa jag minuman.
Mereka makan bersama dalam bahagianya sementara si iman sedang sibuk diulit mimpi yang tak seberapa indah.

“kamu jaga diri tu baik-baik dekat sana.nanti kalau jumpa anak dara sana,kenankan lah pada ibudekat sini’’sengih mak jah sambil memimpin Damien ke pintu utama
“Ahahahha,ibu ini..saya pergi sana untuk kerja la..ahaha.macam-macam ibu ni”tersenyum mak jah mendengar.
Mak jah menghantar Damien dengan pandangan yang sayu.”kasihan Damien,sudah la mak ayahnya meninggal,tiada tempat bergantung,pakciknya pula kejam terhadapnya.tabah sungguh dia.ibu tetap sokong Damien dari belakang”baginya Damien umpama anaknya sendiri.sudah lebih 20 tahun dia berkhidmat disini.dibelanya Damien sedari kecil membuahkan rasa kasihnya pada anak kecil itu.

Iman yang terjaga daripada tidur terus turun kebawah untuk menolong apa yang patut.sebenarnya kerja dia akan bermula pada esoknya dek kerana dia dating dari jauh tapi kerana terasa menyusahkan mak jah dia sudi membantu apa yang patut.
Kakinya melangkah ke dapur untuk mencari mak jah.kepalanya terjenguk-jenguk mencari.
“hah! Iman..mak jah lupa pasal kamu pulak.ye la kan baru dating.mk jah pon sibuk sikit tadi.dah cukup rehat ke? Mai,mari makan .kamu daripada sampai lagi tak makan lagi,mari sini”jamu mak jah sambil membuka penutup tudung saji.
“hahaha,tak pe mak jah.ni pon dah cukup rehat tadi.harini pon dah boleh start buat kerja.lagipon bukan banyak sangat kerja nak dibuatnya .hm…sedap sungguh mak jah masak harini”
“sebelum mak jah terlupa,mak jah nak bagitahu ni,mak jah kena cuti 3 hari sebab anak saudara mak jah nak kahwin.duduk jauh pulak tu.dia mana ada mak dah,jadi mak jah yang merangkap mak dia untuk majlis tu nanti.

hahahhaa..ni serba sikit citer dia..so.kalau nak lagi nanti jengah la citer ni dekat ilham karangkraf.peace~~~~..tq baca
okeh..
Assalamualaikum..

1 ulasan:

  1. Bila lagi nak uploadkan penulisan awak lagi? Tak sabar nak membaca ni! -w-

    BalasPadam