Sabtu, 22 Oktober 2016

Assalamualaikum,lama dah x update..yo la,dah start sem 3 jer sibuk skit..dengan kelasnya,kelabnya..huhu..hm..rasanya harini nak up satu citer ..so korang baca je la..even sikit je citer dia...



KASIH AZFAR


PROLOG


“Cikgu tak tahu nak cakap apa lagi kat kamu ni Afzar ! nama dah sedap,Nur Afzar zulaikha..tapi perangai kamu langsung tak cermin nama kamu..”keluhan kasar keluar dari mulut Encik Sofian pengetua Smk Dato Borhanuddin itu
Dia begitu kesal dengan Afzar.nak kata kurang cerdik,jauh sekali.Afzar antara top student dekat sekolah tu.dia hairan macam mana la si Afzar ni boleh tercalon.kenakalan dia sangat tidak terbatas.
Derap langkahnya kearah Afzar.sudah berapa banyak kali dia nasihatkan.langsung tak makan nasihat langsung budak ni,omel hati Encik Sofian.
“kamu tahu kan kesalahan kamu kali ni besar? Kenapa kamu tak pernah serik buat salah? Kamu dah menyalahi etika pelajar! Kenapa kamu pukul Syafiq? Saya dengar,kamu bertumbuk dengannya? Sampai lembik budak tu kamu kerjakan..sekarang saya nak dengar sendiri dari mulut kamu cerita sebenar,cerita sekarang!” tegas kata-kata Encik sofian pada Afzar
Afzar mendongak memandang encik sofian.kemudian pandangannya ditala ke arah syafiq yang tersandar lesu dikerusi dalam bilik pengetuan itu.tajam matanya memanah kearah syafiq dengan senyuman sinis.
“saya takkan buat sesuatu kalau saya tak diusik,memandangkan ada yang kacau mata saya harini,alang-alang biar saya cuci tangan.”
Ingatannya terimbas kembali akan kejadian waktu rehat tadi.
…….
“weh2.dia datang doh! Julaikha ooo julaikha..hahaha!!ni first time aku jumpa budak perempuan yang paling kurang ajar! Hahahaha..hei2! nama kau banyak kali naik bilik pengetuan kan? ‘’
Langkah Afzar yang bersahaja menuju ke kantin terkaku saat mendengar namanya dipanggil di khalayak ramai.dia kenal milik siapa suara itu,siapa lagi kalau bukan milik syafiq sulaiman,anak karporat yang sangat biadap tu.banyak kali si syafiq ni cari pasal dengannya.dia pon tak tahu apa motif si syafiq ni cari nahas denganya..lagipon selama ni mana pernah dia kutuk atau hina si syafiq ni.pelik!
Pandangannya dihala kearah syafiq and da gang di pondok tepi kantin tu.langkahnya dimara kea rah mereka
“kau asal seru nama aku,kan dah puas aku kata! Aku tak de hutang apa-apa pon dengan kau.so jangan cari nahas dengan aku.tangan aku dah lama tak makan orang!” bibir diketap geram
“budak miskin macam kau memang layak dihina macam ni! Weh,kau tak sedar lagi ke..budak2 dekat sini semuanya anak orang berada,asal kau bodoh sangat hah!mak bapak kau pon bukan mampu tanggng belanja dekat sini.setakat kerja penoreh getah,mampu jadi bibik aku jer” pedas sindiran syafiq pada Afzar
“kau tak faham ke? Aku masuk sini dengan tajaan,barang free takkan nak lepas,lagi satu..apa hak kau nak pertikai kerja mak bapak aku?! Asal halal,sial! Balas afzar  kasar.
Tiba-tiba sebijik penampar terhayun ke pipi mulus Afzar. Terpaling muka Afzar.berdecit bibirnya..tiba-tiba dia terasa seperti suatu cecair mengalir melalui tepi bibirnya.disental cecair itu.darah!
Suasana menjadi bising,ramai pelajar berkumpul menyaksikan perbalahan antara Afzar dan syafiq.
Suasana menjadi sunyi tiba-tiba apabila mereka mendapati Afzar bangkit dari melutut..dia mara kea rah syafiq dengan lebih dekat.syafiq ingin menghayunkan sebijik lagi penampar kemuka afzar.dengan tidak semena-mena,laju afzar menangkap tangan syafiq.dia memengang kejap tangan itu.dengan bibir diketap,afzar membengkokkan tangan syafiq dan memulasnya sekuat hati kebelakang sehingga kedengaran bunyi berdetup –detap.tubuh syafiq dirapatkan ke tubuhnya .syafiq menjerit-jerit menahan sakit.
“aku dah pernah kata,jangan kacau hidup aku,tapi kau buat jugak.kau hina mak bapak aku !”
Bisik keras afzar ke telinga syafiq.geramnya yang ditahan dari tadi tak dapat ditahan dah. Dia tidak akan membiarkan sewenang-wenangnya syafiq menghina mak bapaknya.
Suasana menjadi kecoh.perempuan-perempuan yang tergila-gilakan syafiq menjerit-jerit memarahi afzar kerana membuat kekasih hati mereka.
Tangan syafiq yang dikilas afzar dilepaskan dan dia menolak syafiq jatuh ke tanah dengan kasar.syafiq mengaduh  sakit.tangan kanannya terasa seperti sudah patah dikerjakan afzar.
“dasar betina bangang! Dah la miskin,biadap pulak tu!” celupar mulut syafiq menengking afzar dikhalayak ramai.
Belum  sempat syafiq bangun membalas perbuatan afzar.sebuah penendang laju hinggap ke perutnya.terlentang kembali syafiq ke atas tanah.dia mengerang kesakitan. Gang syafiq cuba untuk membalas ke atas afzar.tetapi afzar lebih arif dan menginjak tubuhnya lalu melipat  dan menghadiahkan penendang dan tumbukan kepada setiap seorang.
“aku tak suka kau semua kacau hidup aku! Ini amaran pertama dari aku”
Sebelum beralih pergi,sempat Afzar menyepak muka syafiq yang telentang ditanah. Bagi sebijik dua mana cukup.
“Bersyukur  sikit aku tak hancurkan muka kau.”tergelak Afzar dalam hatinya melihat syafiq yang mengerang kesakitan.
Semua gang syafiq terlantar sakit ..ramai pelajar yang terkaku dengan aksi afzar.tak terkecuali sepasang mata yang tajam menikam kea rah afzar.
Afzar memusingkan  badan dan ingin berlalu pergi.belum sempat dia berpusing ,sebuah tumbukan laju menghala kearahnya.sisi mata afzar dapat menangkap perbuatan syafiq yang ingin menghadiahkan tumbukan pada kearah afzar.afzar berpaling dan mengelak tumbuka itu.tumbukan syafiq tersasar dan syafiq tersungkur kasar ke atas tanah. Dengan langkah yang perlahan,afzar datang kearah syafiq dan mengcekak baju belakang leher syafiq.digenggam kasar.terdorong kekiri kanan syafiq dan akhirnya,afzar menghantukkan kepala syafiq laju kea rah tiang pondok.berdentum bunyi.terkulai layu syafiq.belum sempat syafiq bangun,afzar menghadiahkan beberapa bijik tumbukkan kepada syafiq.
Syafiq berlumuran darah.parah sungguh keadaaanya.kawan-kawannya cuba untuk membantu tetapi tidak kesampaian apabila afzar dengan tiba-tiba membaling kerusi kearah mereka dan ada yang tak sempat mengelak lalu terkena penangan afzar.
“aku ulang,kalau kamu semua cari pasal dengan aku lagi ,aku takkan teragak-agak buat benda yang sama pada kau semua,jangan hina keluarga aku!” tengking afzar pada semua.lalu dia berlalu pergi.suasana yang sepi kembali kecoh..
……………………………………………………
“Afzar! Kau tahu apa yang kau buat ni? Kau tak fikir ke perasaan  mak ayah nanti? Akak faham,kamu bengang..tapi,cuba kawal baran kamu tu sikit.sabar je dengan si syafiq tu.tak ada gunanya kamu gaduh dengan dia.Dia anak orang berpangkat..apa dia nak..mesti dia nak jugak.sudah-sudah la tu..”mengucap panjang Azrina dengan perangai adik kembarnya yang satu ni.pantang dicabar barannya,mula mencanak naik.
Afzar memalingkan muka menghadap azrina..
“aku tak suka orang sentuh keluarga aku”terus afzar berpaling dan masuk kebiliknya.
Hatinya keras,sekeras pengalaman hidupnya. Dia dicaci maki kedua orang tuanya dek kerana membawa malang .bagi mereka,Afzar tak sepatutnya lahir .

Hahaha..cukup la setakat tu jer,nanti kalau ada masa aku sambung...aq main rangka jer cerita ni..actually,aq suka cerita yang heroin dia kasar ..huhu..cerita ni sedih sebenarnya..aq tak pasti akan buat heroin dia mati atau x  utk pengakhiran ceritanya..

BY:pz musyiix
      3.05 a.m
      23/10/2016
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan